Oleh : Abu Lehyah
Klantan, Malaysia
Nama Aliran Wahabi ini diambil dari nama pelopornya, Muhammad bin Abdul
Wahab (lahir di Najed tahun 1111 H / 1699 M). Asalnya dia adalah seorang
pedagang yang sering berpindah dari satu negara ke negara lain dan di antara
negara yang pernah disinggahi adalah Baghdad, Iran, India dan Syam.
Kemudian pada tahun 1125 H / 1713 M, dia terpengaruh dengan seorang
orientalis Inggeris bernama Mr. Hempher yang bekerja sebagai pengintip Inggeris
di Timur Tengah. Sejak itulah dia menjadi alat bagi Inggeris untuk menyebarkan
ajaran barunya. Inggeris memang telah berhasil mendirikan ideologi-ideologi
baharu bahkan agama baru di tengah umat Islam seperti Ahmadiyah dan Baha’i.
Bahkan Muhammad bin Abdul Wahab ini juga termasuk dalam tumpuan program kerja
kaum kolonial dengan alirannya Wahabi.
Mulanya Muhammad bin Abdul Wahab hidup di lingkungan sunni pengikut
madzhab Hanbali, bahkan ayahnya Syaikh Abdul Wahab adalah seorang sunni yang
baik, begitu pula guru-gurunya. Namun sejak awal lagi, ayah dan guru-gurunya
mempunyai firasat yang kurang baik bahawa dia akan sesat dan menyebarkan
kesesatan. Bahkan mereka menyuruh masyarakat untuk berhati-hati terhadapnya.
Ternyata tidak lama kemudian, firasat itu benar. Setelah perkara itu terbukti
ayahnya pun menentang dan memberi peringatan khusus kepadanya.
Keluarga Membantah Tindakan Ekstrim Muhammad Abdul Wahab
Bahkan abang kandungnya, Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab, ulama
besar dari madzhab Hanbali, menulis buku bantahan kepadanya dengan judul As-Sawa’iqul
Ilahiyah Fir Raddi Alal Wahabiyah. Tidak ketinggalan pula salah seorang
gurunya di Madinah, Syekh Muhammad bin Sulaiman AI-Kurdi as-Syafi’i, menulis
surat berisi nasihat: “Wahai Ibn Abdul Wahab, aku menasihatimu kerana Allah,
tahanlah lisanmu dari mengkafirkan kaum muslimin, jika kau dengar seseorang
meyakini bahawa orang yang ditawassuli mampu memberi manfaat tanpa kehendak
Allah, maka ajarilah dia kebenaran dan terangkan dalilnya bahawa selain Allah
tidak mampu memberi manfaat mahupun mudharat, kalau dia menentang bolehlah dia
kau anggap kafir, tapi tidak mungkin kau mengkafirkan As-Sawadul A’zham
(kelompok majoriti) di antara kaum muslimin, kerana engkau menjauhi dari
kelompok terbesar, orang yang jauh dari kelompok terbesar lebih dekat dengan
kekafiran, sebab dia tidak mengikuti jalan muslimin.”
Sebagaimana diketahui bahawa madzhab Ahlus Sunah sampai hari ini adalah
kelompok terbesar. Allah berfirman :
“Dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah
jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang
mukmin, kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya
itu (Allah biarkan mereka bergelumang dalam kesesatan) dan kami masukkan ia ke
dalam jahannam, dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah:
An-Nisa 115)
Salah satu dari ajaran yang (diyakini oleh Muhammad bin Abdul Wahab,
adalah mengkufurkan kaum muslim sunni yang mengamalkan tawassul, ziarah kubur,
maulid nabi, dan lain-lain. Berbagai dalil yang disampaikan ahlussunnah wal
jama’ah berkaitan dengan tawassul, ziarah kubur serta maulid, ditolak tanpa
alasan yang dapat diterima. Bahkan lebih dari itu, Muhammad bin Abdul Wahab
berterusan mengkafirkan kaum muslimin sejak 600 tahun sebelumnya, termasuk
guru-gurunya sendiri.
Pada satu kesempatan seseorang bertanya kepada Muhammad bin Abdul Wahab,
“Berapa banyak Allah membebaskan orang dari neraka pada bulan Ramadhan?” Dengan
segera dia menjawab, “Setiap malam Allah membebaskan 100 ribu orang, dan di
akhir malam Ramadhan Allah membebaskan sebanyak hitungan orang yang telah
dibebaskan dari awal sampai akhir Ramadhan” Lelaki itu bertanya lagi “Kalau
begitu pengikutmu tidak mencapai satu peratus pun dari jumlah tersebut, lalu
siapakah kaum muslimin yang dibebaskan Allah tersebut? Dari manakah jumlah
sebanyak itu? Sedangkan engkau membatasi bahawa hanya pengikutmu saja yang
muslim.” Mendengar jawaban itu Ibn Abdil Wahab pun terdiam seribu bahasa.
Sekalipun demikian Muhammad bin Abdul Wahab tidak menggambil peduli nasihat
ayahnya dan guru-gurunya itu.
Dengan berdalihkan pemurnian ajaran Islam, dia terus menyebarkan
ajarannya di sekitar wilayah Najed. Orang-orang yang memiliki pengetahuan agama
yang minimum banyak yang terpengaruh. Termasuk di antara pengikutnya adalah
penguasa Dar’iyah, Muhammad bin Saud (meninggal tahun 1178 H / 1765 M) pendiri
dinasti Saudi, yang dikemudian hari menjadi mertuanya. Dia mendukung secara
penuh dan memanfaatkannya untuk memperluaskan wilayah kekuasaannya. Ibn Saud
sendiri sangat patuh kepada perintah Muhammad bin Abdul Wahab.
Jika dia menyuruh untuk membunuh atau merampas harta seseorang dia
segera melaksanakannya dengan keyakinan bahawa kaum muslimin telah kafir dan
syirik selama 600 tahun lebih, dan membunuh orang musyrik dijamin syurga.
Sejak mula Muhammad bin Abdul Wahab sangat gemar mempelajari sejarah
nabi-nabi palsu, seperti Musailamah Al-Kadzdzab, Aswad Al-Ansiy, Tulaihah
Al-Asadiy dan lain-lain. Kelihatan dia mempunyai keinginan mengaku sebagai
nabi, ini nampak jelas sekali ketika dia menyebut para pengikut dari daerahnya
dengan jolokan Al-Anshar, sedangkan pengikutnya dari luar daerah digelar
Al-Muhajirin. Kalau seseorang ingin menjadi pengikutnya, dia harus mengucapkan
dua syahadat di hadapannya kemudian harus mengakui bahawa sebelum masuk Wahabi
dirinya adalah musyrik, begitu pula kedua orang tuanya. Dia juga diharuskan mengakui
bahawa para ulama besar sebelumnya telah mati kafir.
Kalau mahu mengakui perkara tersebut dia diterima menjadi pengikutnya,
kalau tidak dia akan dibunuh. Muhammad bin Abdul Wahab juga sering merendahkan
Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam dengan dalih, kononya untuk pemurnian
akidah, dia juga membiarkan para pengikutnya melecehkan Nabi Muhammad
Shollallahu Alaihi Wassalam di hadapannya, sehingga seorang pengikutnya berkata
: “Tongkatku ini masih lebih baik dari Muhammad, kerana tongkatku masih mampu
digunakan membunuh ular, sedangkan Muhammad telah mati dan tidak tersisa
manfaatnya sama sekali. Muhammad bin Abdul Wahab di hadapan pengikutnya tidak
ubah seperti Nabi di hadapan umatnya. Pengikutnya semakin ramai dan wilayah
kekuasaannya semakin luas. Kedua, Muhammad Bin Abdul Wahab bekerja sama untuk
membenteras tradisi yang dianggapnya keliru dalam masyarakat Arab, seperti
tawassul, ziarah kubur, peringatan Maulid dan sebagainya. Tidak menghairankan
apabila para pengikut Muhammad bin Abdul Wahab menyerang, memecahkan,
menghapuskan makam-makam yang mulia.
Bahkan, pada tahun 1802, mereka menyerang Karbala-Iraq, tempat
dikebumikan jasad cucu Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam, Sayyidina
Husein bin Ali bin Abi Thalib. Kerana makam tersebut dianggap tempat mungkar
yang berpotensi mensyirikan manusia kepada Allah. Dua tahun kemudian, mereka
menyerang Madinah, menghancurkan kubah yang ada di atas kuburan, menjarah
hiasan-hiasan yang ada di Hujrah Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam.
Keberhasilan menakluk Madinah berlanjutan. Mereka masuk ke Makkah pada
tahun 1806, dan merosakkan kiswah, kain penutup Ka’bah yang diperbuat dari
sutera. Kemudian, merobohkan puluhan kubah di Ma’la, termasuk kubah tempat
kelahiran Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam, tempat kelahiran Sayyidina Abu
Bakar dan Sayyidina Ali, juga kubah Sayyidatuna Khadijah, masjid Abdullah bin
Abbas. Mereka terus menghancurkan masjid-masjid dan tempat-tempat kaum solihin
sambil bersorak-sorai, menyanyi dan diiringi tabuhan gendang dengan penuh
kegembiraan. Mereka juga mencaci-maki ahli kubur bahkan sebahagian mereka
kencing di kubur kaum solihin tersebut. Gerakan kaum Wahabi ini membuatkan
Sultan Mahmud II, penguasa Kerajaan Usmani, Istanbul-Turki, murka. Para
perajurit Sultan Mahmud II yang bermarkas di Mesir, di bawah pimpinan Muhammad
Ali, dihantar memerangi pengikut wahabi untuk melumpuhkannya. Pada tahun 1813,
Madinah dan Makkah berjaya ditawan kembali.
Gerakan Wahabi semakin pudar. Tetapi, pada awal abad ke-20, Abdul Aziz
bin Sa’ud bangkit kembali mengusung fahaman Wahabi. Pada tahun 1924, ia
berhasil menduduki Makkah, lalu ke Madinah dan Jeddah, dia memanfaatkan
kelemahan Turki akibat kekalahannya dalam Perang Dunia I. Sejak itu, hingga
kini, fahaman Wahabi menjadi pemerintah di Arab Saudi.
Memusnahkan Tinggalam Islam
Dewasa ini, pengaruh gerakan Wahabi bersifat global. Riyadh mengeluarkan
jutaan dolar AS setiap tahun untuk menyebarkan ideologi Wahabi melalui
wakil-wakil diplomasi mereka termasuk di Malaysia. Sejak hadirnya Wahabi, dunia
Islam tidak pernah tenang dan penuh dengan pergolakan pemikiran, ini disebabkan
kelompok ekstrem itu selalu menidakkan pemikiran dan pemahaman agama
Sunni-Syafi’i yang sudah utuh. Terbukti pada hari ini, isu-isu khilafiyyah
diperdebatkan seolah-olah bersalahan dengan aqidah majoriti umat Islam.
Kekejaman dan kejahilan Wahabi lainnya adalah meruntuhkan kubah-kubah di
atas makam sahabat-sahabat Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam yang berada di
Ma’la (Makkah), di Baqi’ dan Uhud (Madinah) semuanya diruntuhkan dan diratakan
dengan tanah dengan mengunakan dinamit penghancur. Demikian juga kubah di atas
tanah kelahiran Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam, iaitu di Suq al Leil
diratakan dengan menggunakan dinamit dan dijadikan tempat parkir unta, namun
kerana desakan kaum Muslimin antarabangsa yang bermatian menentang, maka
dibangunkan perpustakaan. Kaum Wahabi benar-benar tidak pernah menghargai
peninggalan sejarah dan menghormati nilai-nilai luhur Islam.
Sebagaimana AI-Qubbatul Khadra (kubah hijau) tempat Nabi Muhammad
Shollallahu Alaihi Wassalam dimakamkan juga akan dihancurkan dan diratakan,
tetapi kerana ancaman antarabangsa, maka orang-orang biadab itu menjadi takut
dan membatalkan niatnya. Begitu pula seluruh rangkaian yang menjadi manasik
haji akan dimodifikasi termasuk maqam Ibrahim akan diratakan tetapi kerana
banyak yang menentangnya maka ia dibatalkan.
Pengembangan kota suci Makkah dan Madinah akhir-akhir ini tidak
mempedulikan tempat-tempat bersejarah Islam.
Semakin habis segala bangunan, tempat dan kawasan yang menjadi saksi
sejarah Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam dan sahabatnya. Bangunan itu
dibongkar kerana khuatir dijadikan tempat keramat. Bahkan sehingga kini, tempat
kelahiran Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam terus terancam dan akan dibongkar
untuk perluasan tempat parkir. Sebelumnya, rumah Rasulullah Shollallu Alaihi
Wassalam juga sudah terlebih dahulu diratakan dengan rakus oleh Wahabi.
Padahal, disitulah Rasulullah berulang-alik menerima wahyu. Di tempat itu juga
putera-puterinya Baginda Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam dilahirkan serta
Saidatina Khadijah Al-Kubro meninggal dunia.
Islam dengan tafsiran kaku yang dipraktikkan wahabisme sangat aktif
dalam proses pemusnahan ini. Kaum Wahabi memandang tempat-tempat bersejarah itu
mampu menjadi “kiblat” pemujaan berhala baharu. Sami Angawi, pakar arkitektur
Islam di wilayah tersebut mengatakan bahawa beberapa bangunan dari era Islam
kuno diancam kemusnahan. Di lokasi bangunan berusia lebih 1400 tahun akan
dibangunkan jalan menuju menara tinggi yang menjadi tujuan ziarah jamaah haji
dan umrah.
Kerakusan wahabi ini dibuktikan pada hari ini dengan perancnagan
pembinaan bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom
Tower dengan kos AS$19.52
bilion (RM59.11 bilion). Bangunan itu setinggi 1.6
kilometer iaitu dua kali ganda lebih tinggi dari bangunanBurj
Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi
bangunan paling tinggi di dunia. Akan dibina di Jeddah dan
mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah.
Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan
menggunakan lif dan mempunyai 275
tingkat. Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom
Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang
dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal. Syarikat Emaar yang membina Burj
Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan
berkenaan.
Daripada Abu Hurairah R.A ia berkata; suatu ketika
Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam melihat di tengah-tengah orang ramai.
Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai
Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bilakah terjadinya kiamat?” Nabi
Shollallahu Alaihi Wassalam menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang
ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan
tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika
seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di
antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan
tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara
tanda-tandanya. Demikian pula apabila para
pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka
itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak
mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian
baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya
Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan
Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam
rahim" (Hadis
Riwayat Ibn Majah)
“Pada saat ini kita sedang menyaksikan saat-saat terakhir sejarah
Makkah. Bahagian demi bahagian bersejarahnya diratakan untuk dibangun tempat
parkir,” katanya kepada Reuters. Angawi menyebut setidaknya 300 bangunan
bersejarah di Makkah dan Madinah dimusnahkan selama 50 tahun terakhir. Bahkan
sebahagian besar bangunan bersejarah Islam telah punah semenjak Arab Saudi
menjajah pada tahun 1932. Hal tersebut berhubungan dengan maklumat yang
dikeluarkan dari Dewan Keagamaan Kerajaan pada tahun 1994.
Dalam maklumat tersebut tertulis, “Pelestarian bangunan bangunan
bersejarah berpotensi menyebabkan umat Muslim menja penyembah keapda berhala.”
(Bukankah penyataan ini mirip gerakan Free Manson?)
Nasib kawasan bersejarah Islam di Arab Saudi memang sangat menyedihkan.
Mereka banyak menghancurkan peninggalan-peninggalan Islam sejak masa Ar-Rasul
Shollallahu Alaihi Wassalam. Semua jejak jerih payah Rasulullah Shollallahu
Alaihi Wassalam itu musnah dimodernisasikan mengikut nafsu Wahabi. Sebaliknya
mereka mendatangkan para arkeologi (ahli purbakala) dari seluruh dunia dengan
biayaan ratusan juta dollar untuk menggali peninggalan-peninggalan sebelum
Islam baik yang dari kaum jahiliyah mahupun sebelumnya dengan dalih
menghapuskan bid’ah. Kemudian dengan bangga mereka menunjukkan bahawa zaman pra
Islam telah menunjukkan kemajuan yang luar biasa, tidak diragukan lagi ini
merupakan pelenyapan bukti sejarah yang akan menimbulkan suatu keraguan di
kemudian hari. Keraguan di kalangan generasi akan datang yang akan tertanya,
benarkah Islam ini wujud di daerah Makkah dan Madinah? Jika benar, dimanakah
kesan-kesannya ? Tuan-Puan, perancangan penghapusan jelik ini dibuat dengan
terancang kononya atas nama pembersihan akidah, wahabi juga mendapat laba
dunia!
Menyebarkan Fahaman Pelik
Gerakan wahabi dipimpin oleh jurudakwah yang radikal dan ekstrim, mereka
menebarkan kebencian permusuhan dan didukung oleh sumber kewangan yang cukup
besar. Mereka gemar menuduh golongan Islam yang tidak sejalan dengan mereka
dengan tuduhan kafir, syirik dan ahli bid’ah. Syirik selawat syifa? Mereka
menuduh Syeikh Jaafa Barzanj kuno ? Karut belajar dan mengajar sifat 20? Itulah
ucapan yang selalu didengungkan di setiap kesempatan, mereka tidak pernah
mengakui jasa para ulama Islam kecuali kelompok mereka sendiri.
Di negara kita (MALAYSIA) ini mereka menaruh dendam dan kebencian
mendalam kepada para Wali Songo yang menyebarkan dan meng-Islam-kan penduduk
nusantara ini.
Mereka mengatakan ajaran para wali itu bercampur dengan kemusyrikan
Hindu dan Budha, padahal para Wali itu telah meng-Islam-kan 90 % penduduk
nusantara ini. Mampukah wahabi-wahabi itu meng-Islam-kan yang 10% selebihnya?
Mempertahankan yang 90 % dari terkaman orang kafir saja mereka tidak mampu,
apatahlagi mahu menambah 10 % di kalangan mereka. Bahkan Arab Saudi menjual
maruah Islam dengan mendokong sekutu mereka Amerika dan Britain dalam memerangi
Islam. Di Iraq, Arab Saudi dengan lemah lembut menyediakan lapangan terbangnya
sebagai transit tentera-tentera kuffar laknatullahi alaih. Tetapi, semudahnya
mereka mengkafirkan orang-orang yang dengan nyata bertauhid kepada Allah SWT.
Jika bukan kerana Rahmat Allah yang mentakdirkan para Wali Songo untuk
berdakwah ke negara kita, tentu orang-orang yang menjadi “pejuang” kaum wahabi
itu masih berada dalam kepercayaan animisme, penyembahan berhala atau masih
kafir. (Naudzu billah min dzalik).
Oleh karena itu janganlah dipercayai apabila mereka mengaku-akukan
sebagai fahaman yang hanya berpegang teguh pada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Mereka
berdalih mengikuti keteladanan kaum salaf serta mengaku sebagai golongan yang
selamat dan sebagainya, itu semua omongan kosong. Merekalah para wahabbi yang
telah menoreh jantung umat Islam dengan catatan hitam dalam sejarah dengan
membunuh ribuan orang di Makkah dan Madinah serta daerah lain di wilayah Hijaz
(yang sekarang dinamakan Saudi). Tidakkah anda ketahui bahawa yang dibunuh pada
waktu itu terdiri dari para ulama yang sholeh dan alim, bahkan anak-anak juga
mereka bunuh,pukul di hadapan para ibu yang melahirkan mereka.
Jangan Lupa Pembunuhan Keji wahabbi !
Tragedi berdarah ini terjadi sekitar tahun 1805. Semua itu mereka
lakukan dengan dalih membenteras bid’ah, padahal bukankah nama Saudi sendiri
adalah suatu nama bid’ah?” Kerana nama negeri Sayyiduna Rasulullah Shollallahu
Alaihi Wassalam digantikan dengan nama satu keluarga kerajaan pendukung faham
wahabi yaitu As-Sa’ud! Rujuk kitab Al Qowa’idul Arba karya
Al-Imam Al-mujaddid Muhammad bin Abdil Wahab An Najdiy. Gelaran Al-Imam,
An-Najdiy dan Al-Mujaddid alfaqir mengambil secara langsung daripada pentaksub
wahabbi ke atas Muhammad Abdul Wahab An-Najdiy.
Ingatan Daripada Rasulullah Shollallahu Alaihi
Wassalam
Sungguh Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam telah memberitakan akan
datangnya Faham Wahabi ini dalam beberapa hadits, ini merupakan tanda kenabian
Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam dalam memberitakan sesuatu yang belum
terjadi. Seluruh hadits-hadits ini adalah shahih, sebagaimana terdapat dalam
kitab shahih BUKHARI & MUSLIM dan lainnya.
Diantaranya: Al-Bukhari rahimahullah meletakkan hadith ini
dalam bab berjudul: Sabda Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam: “Fitnah itu
(datang) dari sebelah timur”. Kemudian, beliau meriwayatkan beberapa hadith,
termasuklah doa Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam dengan matan (lafaz):
اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، قال: اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، فأظنه قال في الثالثة: هناك الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku!
Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman
kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk
negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah
negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka
(para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd
kami”.
“Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca Al-Qur’an
namun tidak sampai melewati kerongkongan mereka (tidak sampai ke hati), mereka
keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya, mereka tidak akan
mampu kembali seperti anak panah yang tidak akan kembali ketempatnya,
tanda-tanda mereka ialah bercukur (Gundul/Botak).” (HR Bukhari no 7123, Juz 6
hal 20748). Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah, Abu Daud, dan
Ibnu Hibban
Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam pernah berdoa: “Ya Allah, berikan kami
berkah dalam negara Syam dan Yaman,” Para sahabat berkata: Dan dari Najed,
wahai Rasulullah, beliau berdo’a: “Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara
Syam dan Yaman,” dan pada yang ketiga kalinya beliau SAW bersabda: “Di sana
(Najed) akan ada keguncangan fitnah serta di sana pula akan muncul tanduk
syaitan.” Dalam riwayat lain dua tanduk syaitan.
Dalam hadits-hadits tersebut dijelaskan, bahawa tanda-tanda mereka
adalah bercukur (gundul). Dan ini adalah merupakan nas yang jelas ditujukan
kepada para penganut Muhammad bin Abdul Wahab, kerana dia telah memerintahkan
setiap pengikutnya mencukur rambut kepalanya hingga mereka yang mengikuti tidak
diiktiraf didalam majlisnya sebelum bercukur gundul. Hal seperti ini tidak
pernah terjadi pada aliran-aliran sesat lain sebelumnya. Seperti yang telah
dikatakan oleh Sayyid Abdurrahman Al-Ahdal: “Tidak perlu kita menulis buku
untuk menolak Muhammad bin Abdul Wahab, kerana sudah cukup ditolak oleh
hadits-hadits Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam itu sendiri yang telah
menegaskan bahawa tanda-tanda mereka adalah bercukur (gundul), kerana ahli bid’ah
sebelumnya tidak pernah berbuat demikian.” Al-Allamah Sayyid AIwi bin Ahmad bin
Hasan bin Al-Quthub Abdullah AI-Haddad menyebutkan dalam kitabnya Jala’uzh
Zholam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abbas bin Abdul Muthalib dari Nabi
Shollallahu Alaihi Wassalam : “Akan keluar di abad kedua belas (setelah hijrah)
nanti di lembah BANI HANIFAH seorang lelaki, yang tingkahnya bagaikan sapi
jantan (sombong), lidahnya selalu menjilat bibirnya yang besar, pada zaman itu
banyak terjadi kekacauan, mereka menghalalkan harta kaum muslimin, diambil
untuk berdagang dan menghalalkan darah kaum muslimin” AI-Hadits.
BANI HANIFAH adalah kaum nabi palsu Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad
bin Saud. Kemudian dalam kitab tersebut Sayyid AIwi menyebutkan bahawa orang
yang tertipu ini tiada lain ialah Muhammad bin Abdul Wahab.
Adapun mengenai sabda Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam yang
mengisyaratkan bahawa akan ada kegoncangan dari arah timur (Najed/Najdiy) dan
dua tanduk syaitan, sebahagian ulama mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan
dua tanduk syaitan itu tiada lain adalah Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad
Ibn Abdul Wahab. Pendiri ajaran wahabiyah ini meninggal pada tahun 1206 H /
1792 M.
WALLAHU'ALAM
"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"
Sumber :
[Majalah bulanan Cahaya Nabawiy No. 33 Th. III Sya’ban 1426 H /
September 2005 M]
Al-Haqir illa ALLAH Al-Ghaniy:
Al-Mukminun
24 Rejab 1432H / 27062011
Tidak ada komentar:
Posting Komentar